
PENGENALAN
Kohort 52 merupakan NewsWeb yang menyasarkan mahasiswa Universiti Utara Malaysia sebagai pembaca dengan menjadikan platform ini sebagai penyaluran maklumat serta pusat utama berita universiti. "Berita Siswa,Dari Siswa Untuk Siswa". Kohort 52 terdiri daripada 20 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Komunikasi yang bertungkus lumus menghasilkan NewsWeb edisi 2022 demi membekalkan berita-berita terkini buat rakan mahasiswa.
Selain memaparkan berita semasa universiti, NewsWeb ini juga memfokuskan dan mengutamakan perkongsian berita sukan universiti. Ia dihasilkan dengan hasrat memenuhi keperluan pengguna teknologi digital untuk memperolehi info sukan sejajar dengan minat dan orientasi pembaca yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM). Segala maklumat yang disampaikan dalam penulisan berita adalah mencapai kesahihan, tepat dan benar.
Setiap ahli di setiap jabatan berusaha menjalankan tugas masing-masing dengan hemah terutamanya dalam meneliti gaya penulisan yang disampaikan sehinggalah mencapai penulisan yang sempurna. Dengan harapan yang tinggi, NewsWeb Kohort 52 mencapai kualiti dan ketepatan informasi kepada pengguna-pengguna teknologi digital.
3 Objektif Utama
​1. Kohort 52 menjadi sasaran tumpuan penyampaian maklumat komunikasi alaf baru yang utama secara digital.
​
2. Menyajikan bahan bacaan korporat yang berkualiti dan mengikut piawaian dunia penulisan korporat.​
​
3. Membawa nafas baru kepada penyiaran bahan bacaan korporat agar mencapai tahap kebolehcapaian yang lebih tinggi.