Oleh Nur Auni Izzatul Shaidi
Emel: nur_auni_izzatul@smmtc.edu.uum.my

Sintok, 26 April 2022 – Kelab Catur Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan program Employee Survival 101 khas untuk bakal graduan dan lepasan graduan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya melibatkan 234 orang peserta dan penceramah jemputan merupakan Xavier Tey yang merupakan Pengarah Urusan, Penyelidikan dan Pembangunan Kualiti.
Tujuan utama program ini diadakan untuk mendedahkan kepada semua pelajar tentang kesediaan dan kemahiran yang diperlukan untuk peluang pekerjaan, memastikan pelajar faham tentang keperluan kemahiran pada masa kini dan membantu pelajar untuk membaiki kemahiran peribadi mereka.
Pada masa kini, peluang pekerjaan amat sukar untuk dicari dan diceburi terutamanya untuk bakal graduan dan lepasan graduan.
“Terdapat tiga aspek yang perlu dititikberatkan sebagai persediaan untuk memulakan kerjaya iaitu aktiviti ko-kurikulum, pendedahan berkaitan aktiviti ko-kurikulum dan penerokaan berkaitan dengan minat,” kata Xavier.
“Selain itu, bakal graduan supaya mengambi berat tentang aspek seperti meneroka kerjaya yang diminati, mengenal pasti syarikat yang bepotensi dan membina kerjaya di luar negara,” tambahnya lagi.
Katanya lagi, tips untuk berjaya dalam kerjaya adalah proaktif dan inisiatif, rangkaian dan membina hubungan, menjadi diri sendiri dan yang paling penting menikmati peluang kerjaya dengan positif.
“Kamu mungkin tidak mahir atau bagus dalam sesuatu perkara, namun kamu boleh belajar dan membaiki diri,” kata penceramah dalam program tersebut.
Persiapan untuk menceburi kerjaya yang diingini hendaklah dilakukan dengan awal supaya kita dapat mencapai kerjaya yang kita ingini.
Banyak cabaran yang harus dihadapi ketika ingin atau sedang menceburi kerjaya seperti persaingan dan keraguan terhadap kemampuan diri.
Jelas penceramah lagi, menceburi bidang kerjaya bukan tertumpu kepada usaha untuk mencapai kerjaya yang diingini, namun persiapan dari aspek mental juga memainkan peranan yang penting.
Sebelum berakhir program, terdapat sesi soal jawab soalan-soalan daripada peserta program berkaitan kerjaya. Soalan yang paling menarik adalah tentang cara untuk mendapatkan peluang pekerjaan sekiranya kita daripada kursus yang kurang diminati dan diketahui ramai. Xavier menerangkan bahawa banyak peluang yang boleh di ceburi dan dan kurang persaingan untuk mendapat kerjaya tersebut.
Program ini telah berlangsung selama dua jam menggunakan platform Webex dari pukul 8:30 malam sehingga 10:30 malam .
Comments