top of page

PROGRAM ESSENCE OF EXCEL MEMPERKASA KESEDIAAN PELAJAR

Writer's picture: Identiti V52Identiti V52

Oleh: r_revathi@smmtc.uum.edu.my


UUM, 15 April 2022 – United Nations Education, Scientific and Cultural Organization Universiti Utara Malaysia (UNESCO UUM) telah mengadakan sebuah bengkel bertajuk ‘The Essence of Excel’ melibatkan 24 pelajar bagi memberi kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan mempelajari Excel.

Pengarah program, Tashalini Balu berkata, penganjuran program seumpama ini bertujuan untuk membimbing peserta dengan kemahiran asas untuk mengira, menyusun dan menilai data kuantitatif, yang diperlukan untuk membuat keputusan penting.

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, UUM, Dr. Jastini Binti Mohd Jamil yang dilantik sebagai penceramah berkata Microsoft Excel merupakan alat yang penting untuk meningkatkan kemahiran tambahan di dalam hampir semua bidang pekerjaan pada masa kini.

“Dalam persekitaran di mana gred adalah segala-galanya, ramai pelajar kekurangan beberapa kemahiran tambahan, dan ini menyebabkan mereka tidak dijemput untuk temu duga kerana mereka gagal membuat tanggapan pertama yang baik,” katanya.

Tambah beliau lagi, program seperti ini dapat membimbing para peserta dengan cara penggunaan Microsoft Excel dengan lebih mendalam. Semua pelajar mesti mempelajari kemahiran ini untuk meningkatkan nilai dan kecekapan mereka dalam pasaran kerja masa depan.

Sementara itu, beliau turut berkata isu bagi pelajar yang tidak mempelajari kemahiran ini di kemudian hari ialah ia boleh menjejaskan perkembangan pekerjaan mereka kerana kemahiran ini penting untuk kemajuan profesional. Pembelajaran kemahiran tambahan seperti Excel juga mempunyai kelebihan tersendiri kerana ia merupakan satu kemahiran yang serba boleh.

Dalam bengkel tersebut, Dr. Jastini Binti Mohd Jamil memberi pendedahan secara latihan praktikal spreadsheet, pembentukan sel seperti cell reference, lookup, pivot table dan jalan pintas menggunakan platform Excel dan Padlet.

Selain itu, beliau juga menyarankan para peserta untuk mengaplikasikan kaedah pembelajaran kendiri ataupun self-learning dengan menggunakan sumber dalam talian yang tersedia atau percuma. Sebagai contoh, aplikasi Microsoft Excel yang boleh diakses secara percuma di mana-mana sahaja.

Aplikasi Microsoft Excel ini boleh diguna pakai untuk tujuan seperti menguruskan kewangan, menyimpan data peribadi atau data berskala besar, menguruskan pendokumentasian dan sebagainya.

Ceramah itu telah ditamatkan dengan sesi soal jawab di mana peserta telah diberikan peluang untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada penceramah. Peserta program berpendapat bahawa program itu lain daripada yang lain, sangat bermanfaat dan dapat menjadi nilai tambah kepada mereka.

Seorang pelajar yang menghadiri bengkel tersebut, Jenifer Rathaiyah berkata, bengkel itu bukan sahaja memberi pengalaman untuk meningkatkan kemahiran penggunaan Excel tetapi ia turut memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan nilai dan kecekapan mereka dalam pasaran kerja masa depan.

Bengkel ‘The Essence of Excel’ yang berlangsung selama tiga jam iaitu dari jam dua petang hingga jam lima petang.


Comments


"Berita Siswa, Dari Siswa Untuk Siswa"

2022 © KOHORT 52. Dicipta menggunakan Wix.com

bottom of page