top of page

BUKAN SEKADAR GOLF

Writer's picture: Identiti V52Identiti V52

Oleh: Nik Muhammad Syakirin Bin Nik Zainal Abidin


Nama sukan golf di uum bukanlah satu nama yang kecil kerana sudah banyak kejayaan yang ditempa sejak sekian lama. Universiti Utara Malaysia sehingga kini dilihat sebagai salah satu tempat untuk melahirkan atlet golf bertaraf dunia.

Pada awal tahun ini seorang atlet dari UUM, Ikmal Basry telah disenarai pendek dalam pemilihan skuad golf Malaysia oleh Malaysian Golf Association (MGA) bagi membawa nama Malaysia pada Sukan Asia Ke-19 di Hangzou, China yang akan memulakan aksinya pada 10 hingga 25 September 2022.

Menurut Ikhmal, ini merupakan satu perkara yang sangat bermakna yang pernah berlaku sepanjang kariernya bergelar atlet golf UUM. “ Kerja keras diperlukan untuk memastikan kejaaynnya berada dalam Sukan Asia ke-19 nanti”, ulas Ikhmal lagi.

Pada 2016 pula, terdapat empat atlet golf UUM yang telah berjaya mewakili negara ke Perancis bagi Kejohanan Golf Universiti Dunia (WUC) ke-16 yang telah berlangsung pada 23 hingga 26 Jun di Brive-La-Gaillarde, Perancis. Atlet berkenaan ialah Muhammad Afif Muhammad Razif, 21, Sazanur Iman Salenin, 19, Hillferah Tan, 25, dan Nurul Syahirah Afiqah Saparudin, 23, yang kesemua mereka merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian.

Kejohanan yang berlangsung di Perancis ini sebenarnya dilakukan pada bulan ramadhan yang semestinya memberikan satu cabaran yang menarik buat para atlet Universiti Utara Malaysia. Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berharap atlet golf UUM dapat memberi persembahan terbaik walaupun terpaksa menyertai kejohanan dalam bulan Ramadan.

Tidak dilupakan pada 2018, apabila Wafiyuddin muncul sebagai pemain terbaik Malaysia di PGM Darulaman Championship 2018. Ini telah berlangsung pada 24 – 27 Januari 2018 yang mana Darulaman Golf & Country Club, Jitra Kedah menjadi gelanggang bagi aksi terbaik pemain golf profesional.

Kejayaan Wafiyuddin ini sekaligus telah menaikkan nama Malaysia dan UUM apabila beliau berjaya menduduki tempat ke 7 daripada 123 orang peserta. Aksi konsisten pada hari pertama yang ditampilkan berjaya memberikannya nyawa kembali selepas penampilan kurang memberangsangkan pada hari pertama.

Bagi setiap atlet, perkara yang paling penting ialah kekal konsisten dalam melakukan setiap pukulan. Perkara sangat sukar walaupung sudah berlatih sejak sekian lama.

Mengetahui prestasi dan kejayaan pemain-pemain golf ini sememangnya akan membuatkan ramai yang bertanya tentang bagaimana untuk menyertai akademi golf kebangsaan UUM ini. Perkara pertama yang perlu dilihat ialah daripada segi had umur kerana untuk menyertai kejohanan – kejohanan di peringkat yang ditawarkan oleh UUM mestilah merupakan pelajar lepasan SPM.

Pada awalnyapihak Akademi golf UUM ini diwakili oleh pelajar – pelajar daripada jurusan komunikasi namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pihak pengurusan memilih pelajar jurusan bisnes. Perkara ini sedikit sebanyak akan memberi impak kepada prestasi pemain kerana elajar bisnes bukan daripada latar belakang golf.

Selain itu, mereka juga diajarkan tentang cara untuk menguruskan pengurusan golf yang mempunyai sillibus pembelajaran dalam fasa pebentukan pemain dan pelajar berlatarbelakngkan suka golf. Hasilnya, para ahli kelab golf UUM ini dapat menerima ilmu daripada kelab golf terkemuka ini.

Fokus utama Akademi Golf UUM ini ialah untuk melahirkan atlet golf bertaraf kebangsaan yang mampu memberikan saingan di peringkat tertinggi. Setiap atlet akan dipantau dan diberikan latihan yang secukupnya bagi mebolehkan mereka berada di tahap terbaik.

Pihak Universiti akan menghantar 10 orang wakil pada kejohanan amatur iaitu 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Glanmarie Shah Alam dan Saujana merupakan tempat kejohanan terdekat yang akan berlangsung.

Jika dilihat daripada prestasi atlet golf UUM ini, sememangnya sangat membanggakan dari tahun ke tahun. Hal ini sememangnya berkait rapat dengan fasiliti yang disediakan oleh pihak Universiti Utara Malaysia sendiri.

Universiti Utara Malaysia menawarkan fasiliti bertaraf dunia dengan padang golf yang sepanjang 6,600 meter. Driving range juga yang merupaka tempat latihan bagi para atlet seluas 230 meter.

Selain itu, 18 lubang golf yang lengkap seperti di peringkat dunia. Lubang ini dinaiktarf dari tahun ke tahun mengikut kesesuaian padang golf.

Antara fasiliti lain adalah seperti parting green dan bilik simulasi. Kehadiran fasiliti yang lengkap ini menjanjikan satu prestasi dan juga pengalaman yang terbaik buat para talet dalam menyajikan aksi terbaik yang mereka mampu pada kejohanan-kejohanan yang diserti.

Setiap pusat sukan,persatuan atau pun mana-mana badan sukan perlu memiliki kelengkapan yang terbaik agar pemain-pemain dapat membentuk keyakinan dan juga menghasilkan satu prestasi yang terbaik sepanjang latihan bagi membantu mereka mncapai had maksimum kebolehan dalam sukan.

Perkara lain yang menarik dalam Akademi Golf UUM ini adalah seperti para atlet mendapat tajaan bayaran kejohanan dan tajaan bola golf sepanjang menyertai kejohanan. Jika terdapat pemain yang kurang berkemampuan, pihak Universiti Utara Malaysia sememangnya akan memberikan tajaan bagi kejohanan yang disertai.

Diharapkan setiap ahli Kelab Golf kebangsaan UUM ini dapat menjadi sebahagia “rumah besar” sukan golf Malaysia kerana potensi dan pengurusannya yang bertara antarbangsa. Oleh itu, pelbagai peluang pekerjaan dan ilmu yang akan diperoleh hasil daripada penyertaan dalam kelab golf UUM ini.


Comments


"Berita Siswa, Dari Siswa Untuk Siswa"

2022 © KOHORT 52. Dicipta menggunakan Wix.com

bottom of page