
Oleh: Ansyari Haikal Rahmatulloh
Universiti Utara Malaysia (UUM), setelah dua tahun berlalunya masa pandemik, UUM kembali menjalankan sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara hybrid, di mana terdapat gabungan antara pembelajaran secara dalam talian dan bersemuka.
Hampir seluruh pelajar UUM telah kembali ke kampus dengan mengikuti Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Oleh kerana itu, situasi di dalam kampus kembali seperti normal, di mana para pelajar melakukan berbagai kegiatan sehingga kesemua fasiliti di dalam kampus kembali dibuka dengan tujuan memudahkan para pelajar untuk melakukan aktiviti.
UUM memiliki berbagai fasiliti yang disediakan, di antaranya adalah fasiliti pusat sukan di mana, ia nya merupakan fasiliti yang sangat digemari atau dikunjungi oleh para pelajar.
Terdapat banyak aktiviti yang dapat dilakukan para pelajar di pusat sukan tersebut, di antaranya adalah bola sepak, badminton, tennis, pingpong, berenang, dan lainnya.
Ping Pong merupakan salah satu sukan atau aktiviti yang kembali dijalankan. Ia nya merupakan sukan yang masih dipersoalkan dikeranakan masih terdapat ramai pihak yang keliru di antara sukan pingpong dan tennis. Hal ini kerana Ping Pong juga digelar sebagai tenis meja atau table tennis.
Ping Pong juga merupakan indoor sport yang sangat dikenal dengan cara bermainnya di mana terdapat dua orang pemain yang akan memukul bola menggunakan bet secara bergantian di atas sebuah meja yang terdapat net atau jaring di bahagian tengah meja tersebut.
Pemain hanya dapat memukul bola tersebut setelah ia melantun sekali di bahagiannya, dan harus mengembalikannya agar ia melantun di bahagian lawan.
Permainan ini dapat dimainkan secara perseorangan atau beregu. Permainan ini dimainkan dengan cepat dan memerlukan reaksi pantas. Permain yang mahir dapat memberikan "putaran" pada bola, yang membuatkannya melantun pada arah yang sukar dijangka, sekaligus sulit untuk dibalas oleh pihak lawan.
Ping pong sangat dikenal di Asia Timur dan merupakan di antara sukan yang paling banyak jumlah pemainnya. Ping pong kini menjadi salah satu sukan utama yang terbaru.
UUM sendiri mempunyai kelab Ping Pong yang terbuka kepada seluruh pelajar untuk menyertai kelab tersebut. Kelab Ping Pong UUM mengumumkan bahwa terdapat kembali latihan secara fizikal setelah dua tahun berlalunya masa pandemik Covid 19.
Latihan tersebut hanya akan dijalankan dua kali sahaja dikeranakan tidak terdapat tempat latihan khusus yang disediakan untuk mereka sehingga mereka perlu menggunakan gelanggang badminton sebagai gantinya.
Oleh kerana itu, mereka memiliki jadwal yang terhad untuk melakukan latihan dikeranakan perlu berbagi tempat yang sama dengan kelab badminton.
Pusat sukan UUM juga menyediakan fasiliti untuk bermain Ping Pong seperti meja Ping Pong. Selain itu, kelab Ping Pong juga menyediakan bet kepada para pelajar yang ingin bermain.
Latihan secara fizikal pertama dijalankan di pusat sukan UUM dan akan bermula pada hari Selasa, 17 Mei 2022 pada jam tiga petang sehingga lima petang. Untuk latihan fizikal kedua juga akan dijalankan di pusat sukan UUM namun akan bermula pada hari Selasa, 24 mei 2022 dari jam tiga petang sehingga lima petang juga.
Latihan tersebut merupakan aktiviti pertama oleh kelab Ping Pong yang dijalankan setelah dua tahun berlalunya masa pandemik.
Kelab tersebut memutuskan untuk menjalankan aktiviti atau latihan tersebut dikeranakan telah kembalinya para pelajar ke kampus.
Mereka berpendapat bahwa sukan Ping Pong perlulah dijalankan semula dikeranakan ia nya di antara sukan yang diminati oleh banyak pelajar UUM.
Comentarios