
Oleh: Raja Rajeswary Avadaiyar
Mahasiswa Universiti Utara Malayisa (UUM) yang mahir dalam permainan badminton telah memupuk bakatnya dalam satu aspeknya iaitu kemahiran teknik servis badminton. Kemahiran mahasiswa tersebut telah menjadi satu kelebihan beliau dalam permainan badminton.
Pelajar yang bernama Murali merupakan seorang mahasiswa UUM yang mahir dalam permainan badminton dari aspek teknik servis badminton. Murali ialah pelajar semester empat. Hobi beliau yang sekadar suka-suka bermain badminton menjadi kelebihan dalam permainan badminton.
Mahasiswa UUM yang merupakan wakil atlet mempunyai kelebihan dalam cara teknik servis badminton. Bukan itu sahaja, beliau mempunyai kelebihan dalam cara teknik servis yang betul antara atlet badminton dengan pelajar yang bermain badminton pada masa lapang tanpa mengetahui cara teknik servis yang betul.
Atlet UUM ini bertanggungjawab dalam mempraktikkan latihan secara kerap kali pada waktu petang di gelanggang UUM. Atlet ini memberikan impak yang positif kepada pelajar UUM. Pelajar boleh mencontohi semangat mempraktikkan latihan beliau dan mengaplikasikan dalam kehidupan mereka.
Atlet ini berkata bahawa, beliau memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada pelajar UUM mengenai cara pemakaian, kemahiran servis, peraturan dan markah. Justeru, dapat memupuk minat bukan setakat bermain dengan kawan-kawan pada masa lapang malah, menuju kearah bermain badminton untuk pertandingan.
Beliau berminat untuk berkongsi pengetahuan berkaitan badminton kepada rakan-rakan di UUM. Malah, rakan-rakanya mengetahui tentang badminton dengan lebih lanjut melalui penerangan yang jelas. Bukan itu sahaja, beliau memupuk pelajar UUM untuk bermain badminton untuk mengambil bahagian dalam pertandingan.
Beliau seorang yang rajin berlatih dan sendiri mengenal pasti kesalahan yang dilakukan dalam pertandingan badminton. Beliau berlatih dan memperbaiki kesalahan yang dilakukan dalam pertandingan yang sebelumnya.
Murali bermain dalam pertandingan badminton perseorangan dan juga beregu. Kemahiran beliau dalam teknik servis badminton telah menakutkan pesaing dalam pertandingan badminton. Murali mempunyai stamina dan kapasiti yang lebih kuat berbanding dengan atlet yang lain kerana beliau berlatih dengan lebih kerap.
Murali berkata, bahawa beliau memupuk minat badminton dengan menonton video permainan atlet profesional badminton Malaysia seperti Lee Chong Wei dan Lee Zii Jia. Beliau mengambil Lee Chong Wei sebagai modal insan dalam permainan badminton.
Murali mengambil bahagian dalam semua pertandingan badminton di UUM. Bukan itu sahaja, beliau turut mengambil bahagian dalam permainan badminton peringkat Universiti untuk mendapat pengalaman bermain dengan atlet badminton yang lain.
Badminton menjadi satu permainan yang digemari oleh beliau tetapi pada masa ini minat dan usaha beliau menjadi kelebihan dalam permainan badminton. Usaha yang berturutan dan disiplin dalam latihan badminton menjadi satu tunjuk ajar yang perlu dipatuhi oleh pelajar UUM.
Murali berpendapat bahawa, untuk bermain badminton yang perlu ada ialah sebuah badminton dan minat untuk bermain. Beliau mula mempunyai minat dalam permainan badminton sejak sekolah rendah.
Sejak kecil beliau bermain badminton bukan sekadar mengisi masa lapang malah bermain untuk memang dalam pertandingan badminton yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Semangat kemenangan memang beliau mempunyai dari sekolah rendah.
Murali berkata, beliau mempunyai pingat emas berbanding dengan pingat gangsa dan perak. Pingat emas tersebut memupuk semangatnya untuk mengambil bahagianya dalam pertandingan badminton untuk menambahkan pengalaman bermain dan mempelajari teknik servis dengan lebih mendalam.
Ibu bapa Murali memainkan peranan yang penting dalam kemenangan dalam setiap pertandingan. Ibu bapa beliau sering memberi semangat yang kuat dan motivasi untuk agar dapat bermian dengan penuh semangat dan fokus dalam pertandingan dengan serratus-peratus.
Beliau mendapat kemenagan dalam pertandingan permainan badminton ke peringat dearah semasa belajar di Sekolah Menengah. Kemenagan tersebut menjadi punca utama beliau terus menang dalam pertandingan badminton di UUM.
Beliau berlatih kawan-kawanya yang mempunyai minat dalam permainan badminton. Beliau berkongsi kemahiran teknik servis badminton kepada kawan-kawan di UUM. Mereka juga berasa gembira apabila bermain dengan Murali kerana dapat bermain dengan cara yang betul.
Semangat dalam badminton telah menjadi satu kelebihan ynag dimiliki oleh beliau. Beliau mempunyai keinginan untuk mengadakan satu kelas badminton kepada pelajar UUM yang mempunyai minat yang lebih tinggi. Beliau berkata, bahawa matlamat beliau ialah bermain untuk mewakil negara pada masa hadapan.
Comments