top of page

PETANQUE: SUKAN ATAU SENI?


Penulis: Nur Zarith Alissa Binti Zakaria



Kalau Petanque merupakan sukan, kenapa tidak hangat seperti bola sepak?Apakah teknik atau cara mainnya? Itulah yang ditanya-tanyakan bagi setiap orang yang tidak pernah mengetahui sukan Petanque yang telah diperkenalkan dalam Malaysia pada tahun 1980-an lagi.


Petanque adalah sukan yang tidak susah walaupun seseorang itu adalah pemula. Setiap bilangan yang dilemparkan dan mata yang dikumpulkan mudah untuk diingat. Apatah lagi, sukan ini sesuai untuk masyarakat yang ini bermain permainan yang senang dan mudah.


Sukan ini hanya memerlukan kekuatan mental yang kuat dan pegangan bola Petanque yang mantap serta tidak memerlukan larian atau sepakan sehingga terkeluar dari padang. Walaupun begitu, bola besi Petanque atau “boules” yang digunakan adalah berat dan pastikan saiz bersesuaian dengan kita untuk memastikan keselesaan semasa bermain.


Permulaan perlu dimulakan dengan balingan bola “jack” yang diperbuat daripada kayu sebesar guli. Balingan tersebut adalah penentu pasukan mana yang akan mula dahulu. Sebelum melontarkan bola jack, dua pasukan perlu bermain guting, batu, kain bagi keadilan dalam permainan.


Gelungan akan dilukis atau diletakkan bagi memastikan kaki tidak terkeluar dari gelungan tersebut sambil melakukan balingan bola jack atau boules. Balingan jack mestilah enam hingga 10 meter daripada bulatan itu. Jika kaki atau boules terkeluar dari gelungan, maka pemain itu akan batal dan perlu diberikan kepada orang lain.


Permainan diteruskan dengan lontaran boules yang sememangnya dilakukan oleh kedua pihak pasukan. Jika boules dari pasukan biru dekat dengan bola jack, maka pasukan merah perlu membuat lontaran sehingga bola boules mereka mengatasi jarak boules pasukan biru. Cara pengumpulan mata adalah melalui jarak boules dan bola jack. Jika boules pasukan merah hampir dengan bola jack, maka mereka akan mendapat satu mata bergantung pada boules yang dilemparkan.


Tidak susah, tetapi konfius bagi yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai sukan ini. Apatah lagi, sukan Petanque hanya memerlukan bilangan atlet yang sedikit kerana satu kumpulan hanya dua hingga empat orang sahaja. Kebanyakan pemain pula tidak memerlukan saiz badan yang “fit”, tetapi lebih kepada kecekalan mental yang hebat.


Kekuatan tangan mengikut kemampuan sama ada kiri atau kanan dan perlu memberi fokus 100 peratus dari mula sampai tamat permainan. Setiap pegangan bola diambil kira sebagai langkah utama untuk mengumpul mata. Malah, seperti sukan yang lain, kekuatan mental turut dititikberatkan bagi memastikan permainan berjalan dengan lancar.


Teknik asas sudah diberikan, jadi adakah sukan Petanque dan seni berkait rapat? Kalau berseni, apakah aspek yang berkaitan dengan seni? Adakah dari segi balingan atau kehandalan pemainnya?


Sukan Petanque boleh dijadikan aktiviti dalam kalangan masyarakat tidak mengikut usia dan latar belakang. Malah, permainan ini amat sesuai dengan peraturan yang tidak ketat. Menurut Muhammad Zulhaniff, Atlet Petanque UUM, Petanque dan seni tidak lari. Malah, kedua aspek ini berkait antara satu sama lain.


“Bila kita melihat seni, pasti kelembutan akan ditujahkan. Begitu juga dengan sukan Petanque,” ujar atlet Petanque tersebut.


Beliau berkata Petanque mempunyai kelembutan tersendiri. Dari segi balingan dan posisi ketika melemparkan boules, semuanya mempunyai seni dan gaya tersendiri. Atlet tersebut yang akan menyerlahkan kesenian yang ada dalam dirinya.


“Setiap atlet mempunyai gaya tersendiri. Ada yang teknik pointing lembut dan ada yang kasar. Tetapi selalunya, kalau kita nak mendapat mata dalam setiap balingan, jangan beri tekanan pada boules kalau tidak tak akan sampai ke arah bola jack” turut Haniff.


Menurut juga Mohammad Fadzil, Atlet Petanque UUM berkata setiap balingan berbentuk pelangi atau bukit menunjukkan bahawa atlet tersebut melontarkan bola secara lembut. Sekiranya kasar, maka balingannya mungkin lebih laju dan terkeluar dari sasaran.


“Ada cara untuk baling boules. Ikut kepada kesenian atlet tersebut. Tapi kalau yang betul - betul memahami boules, mereka takkan berikan tekanan yang kuat kepada boules tersebut. Malah, mereka lebih fokus sama ada tangan dan pegangan boules,” ujat atlet tersebut.


Muhamad Zulhaniff berkongsi sedikit tips seperti latihan baling bola dalam tayar, pointing atau tuju dalam tayar. Regangan turut ditekankan oleh atlet tersebut. Regangan yang fleksibel dan paling penting boleh membuatkan kita bersedia sebelum memulakan permainan.


“Yang pentingnya, latihan demi latihan mesti dilakukan untuk memastikan kita biasakan dengan padang Petanque dan cara bermain Petanque. Jangan putus asa,” ujar Fadzil.


Tips yang diberikan seperti hayunan tangan yang tidak terlalu tinggi bagi memastikan boules tidak lari jauh dari bola jack. Selain itu, kita juga boleh duduk ketika melakukan pointing dan tidak melanggar peraturan. Sebenarnya, posisi duduk memboleh kita untuk mendapat mata yang lebih banyak, tetapi hanya boleh dilakukan jika pemain tersebut yakin dengan balingannya.


Harapan kedua atlet tersebut adalah mereka akan bekerja keras untuk mendapat gelaran juara agar pihak Universiti Utara Malaysia membuka mata berkaitan sukan ini. Sehubungan dengan itu, mereka ingin memupuk kerjasama dan perpaduan sambil mengenali rakan baharu serta mengajak mereka bermain suka Petanque.


Comments


"Berita Siswa, Dari Siswa Untuk Siswa"

2022 © KOHORT 52. Dicipta menggunakan Wix.com

bottom of page