top of page

SUKA-DUKA MAHASISWA ATLET

Writer's picture: Identiti V52Identiti V52

Oleh: ILMAN HAKIMI BIN MANSOR

Email: ilman_hakimi@smmtc.uum.edu.my

Kehidupan atlet mahasiswa selalunya lebih kompleks dan berat berbanding tanggapan orang ramai terhadap mereka. Menjadi mahasiswa yang cemerlang dan menjadi atlet yang baik memerlukan banyak masa dan usaha yang berterusan dan kadangkala boleh bercanggah antara satu sama lain.

Ini boleh menjadi lebih rumit melalui kehadiran pelbagai kecederaan dan masalah perubatan yang berkaitan apabila menjadi seorang atlet. Cabaran utama yang sering diluahkan oleh atlet mahasiswa ialah jumlah masa yang mereka perlu dedikasikan untuk aktiviti sukan, sama ada bersama pasukan atau secara kendiri.

Jadual am untuk mahasiswa atlet semasa musim sukan terdiri daripada: pergi ke kelas dari pagi hingga awal petang, assignment/latihan stamina/waktu rehat antara kelas dan latihan (kecuali pada hari perlawanan yang mengambil masa sepanjang petang), latihan/permainan tengah hari, kemudian tugasan kelas/conditioning/aktiviti lain pada waktu petang dan selalunya pada waktu malam.

Walaupun pada hari cuti dan luar musim sukan, sejumlah besar masa dihabiskan pada latihan stamina untuk kekal berada pada tahap fizikal terbaik. Jadual yang padat memberikan lebih sedikit masa kepada mahasiswa atlet untuk menyiapkan tugasan kelas mereka dan kewajipan lapin, malah lebih sedikit masa untuk dihabiskan untuk kehidupan peribadi mereka.

Isu berkaitan pengurusan masa ini selalunya tidak dapat dilihat melainkan anda mengenali atlet tersebut dengan baik. Ramai mahasiswa atlet telah menyatakan yang mereka berasa seperti terputus hubungan dengan rakan dan keluarga mereka kerana sibuk bersukan.

Mungkin sukar bagi mahasiswa atlet untuk mencari masa bagi diri mereka sendiri mahupun mempunyai tenaga untuk melakukan perkara di luar sukan mereka serta tanggungjawab lain. Pengurusan masa selalunya merupakan tekanan mental yang ketara kepada mahasiswa atlet dan boleh menjadi lebih teruk jika mereka mempunyai tekanan fizikal (kecederaan).

“Semuanya bergantung kepada pengurusan atlet itu sendiri dalam membahagikan masa. Contohnya masa saya dulu, katakan kelas habis pukul 5 dan latihan mula pukul 5 jadi memang kena pandai-pandai urus emosi dan mental walaupun jadual padat dan terkejar-kejar” kata Syahmie atlet ragbi UUM.

Beliau juga menambah pada mulanya memang akan ada rasa nak berhenti dari bersukan tapi disebabkan minat dalam permainan ragbi tu jadi gagahkan diri juga untuk datang latihan walupun baru habis kelas dari pagi.

Katanya lagi kebanyakan mahasiswa atlet pasti akan melalui fasa di mana pointer menurun kerana terlalu sibuk tapi dengan masa, mereka boleh membiasakan diri dengan gaya hidup seorang mahasiswa dan juga atlet.

“Tapi bagi saya berlatih di padang ragbi tu lebih tenang kalau nak dibandingkan ketika berada di dalam kelas. Yelah dengan due datenya yang tak rilek, assignment dan program lagi. Jadi saya rasa seperti satu stress reliever bila bersukan tu walaupun penat” jawab beliau ketika ditanya mengenai tugasan kelas.

Bergantung pada sukan yang mahasiswa atlet tersebut ceburi, jenis kecederaan ringan dan teruk boleh berlaku semasa aktiviti sukan, yang boleh membawa kesan kepada pemain dan pasukan.

Walaupun orang ramai mungkin mengetahui kecederaan yang dialami oleh mahasiswa atlet, mereka selalunya tidak mengetahui secara penuh kesan kecederaan tersebut.

Jenis kecederaan teruk yang paling biasa dilaporkan adalah pada ligamen lutut dan buku lali, yang sering mengalami ketegangan yang paling banyak apabila seseorang berlatih atau bersaing. Walaupun tidak banyak,kes ligamen anterior cruciate (ACL), ligamen kolateral medial (MCL) dan koyakan meniscus ada dilaporkan di beberapa sukan yang mempunyai kesan buruk kepada kedua-dua pemain dan pasukan.

Gegaran otak juga menjadi isu kepada pemain dalam sukan tertentu seperti bola tampar dan bola sepak, yang boleh memberi kesan kepada pemain di dalam dan di luar padang.

Tekanan yang datang secara aktif semasa bersaing dalam sukan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental mahasiswa atlet. Kesan ini boleh terdiri daripada isu motivasi, tekanan dan isu lain yang menjejaskan kesihatan dan prestasi mahasiswa atlet secara negatif.

Menjadi mahasiswa yang cemerlang dan atlet yang baik memerlukan sejumlah masa yang besar dan usaha, hal ini boleh menyebabkan atlet mengalamai isu motivasi. Ramai atlet mengatakan bahawa kewajipan di luar sukan, terutamanya tugasan kelas, boleh menyebabkan sesetengah dari mereka menjadi kurang bermotivasi untuk berlatih dan bersaing dalam sukan tersebut.

Walaupun semua tekanan fizikal dan mental yang dialami oleh mahasiswa atlet, hampir semua mahasiswa atlet mendapati beberapa nilai dalam bermain sukan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini ia memberikan kelegaan mental bagi sesetengah orang.

Faedah terbesar dalam bersukan ialah hubungan dan persahabatan yang dibangunkan antara atlet, jurulatih dan orang lain dalam sukan mereka. Jika anda berfikir untuk bermain sukan buat kali pertama atau berputus asa, kesakitan dan cabaran yang anda alami akan membolehkan anda memperoleh sesuatu yang lebih hebat.


Comentarios


"Berita Siswa, Dari Siswa Untuk Siswa"

2022 © KOHORT 52. Dicipta menggunakan Wix.com

bottom of page