Oleh: Nurnazihah binti khairul annuar
Email: nurnazihah@smmtc.uum.edu.com
Apa tanggapan pertama anda tentang berenang? Pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) tahu bahawa aktiviti berenang bukan sahaja sebagai aktiviti riadah atau aktiviti sukan tetapi penting dari segi keselamatan. Malah berenang menjadi salah satu olahraga yang dapat meningkatkan kesihatan mental ketika pandemi.
Walaupun mereka tahu, sebahagian pelajar UUM masih tidak tahu berenang. Sebab kenapa mereka tidak tahu berenang kerana tidak pernah ditunjuk ajar untuk berenang pada usia muda.
Mereka pasti berkata mereka cemburu melihat seseorang mahir dalam berenang dan mereka juga ingin belajar tetapi mereka tiada inspirasi untuk belajar. Jika mereka terserempak atau ternampak seseorang lemas, adakah mereka akan menolong?
“Kalau saya ternampak seseorang lemas, saya akan meminta bantuan orang lain kerana saya tidak tahu berenang,” kata Nassima.
“Bergantung kepada keadaan, memandangkan saya tidak pandai berenang, saya tidak yakin untuk menolong orang yang lemas. Kita tidak boleh suka-suka yakin dengan diri sendiri bahawa kita boleh tolong macam itu sahaja sebab ia lebih membahayakan diri kita,” kata Jequline.
Berenang dari segi keselamatan amat penting bukan kepada pelajar sahaja, malah kepada orang lain tidak kira tua atau muda. Kita sudah diajar sejak kecil bahawa belajar berenang dapat menyelamatkan diri tetapi pengajaran itu hanya disimpan sepanjang pembesaran sehingga sekarang.
Perspektif mereka hanya mengatakan bahawa aktiviti berenang adalah aktiviti untuk berseronok bersama keluarga dan kawan. Kesedaran tentang keselamatan ini masih kurang mendapat sambutan tetapi kes lemas semakin kerap berlaku.
Tiada sesiapa sedar bahawa kadaran kes lemas semakin meningkat setiap minggu. Lebih lagi, golongan kanak-kanak dan remaja antara golongan yang banyak terlibat dengan kejadian lemas. Disangka tiada akan mengaram, ombak yang kecil diabaikan.
Kes lemas menjadi salah satu isu kes yang serius kerana peningkatan tersebut. Kita sendiri tidak tahu bila atau di mana kita akan hadapi ini. Walaupun kita tahu berenang, kita tetap akan hadapinya juga. Kita tidak boleh prediksi masa hadapan.
Salah seorang pelajar mengkongsi cerita salah seorang ahli keluarga cuba menyelamatkan seorang mangsa lemas tetapi beliau terkorban manakala mangsa selamat. Ia amat menyengatkan hatinya mendengar berita tersebut.
Jihah berkata “Kalau saya terlibat dalam kemalangan lemas ni dan berjaya diselamatkan, benda pertama saya rasa adalah trauma dan mungkin mengalami kemurungan sebab tiba-tiba sahaja kejadian macam tu berlaku kepada saya.”
Terlibat dengan kes lemas dan berjaya diselamatkan, mereka pasti sangat terkejut dengan apa yang telah berlaku kepada mereka dan memori itu mungkin akan berkekalan atau hanya sementara sahaja. Setiap orang akan menunjukkan perasaan yang berbeza.
Beliau turut berkata kes lemas boleh berlaku kerana kurang pengetahuan tentang berenang dan tiada pengetahuan asas bagaimana menyelamatkan diri ketika terlibat dengan kes ini.
Angka ini mungkin dapat dibendung jika pelajar UUM mempelajari kembali pengetahuan asas tentang keselamatan diri ketika berada di air seperti di kolam, pantai atau sungai. Bukan para pelajar sahaja, setiap orang perlu belajar berenang walaupun hanya secara asas sebagai permulaan.
“Kalau diberi pengajaran untuk belajar berenang, saya ingin dan saya amat merekomendasi kepada pelajar lain untuk kembali mempelajari pelajaran tersebut,” kata Nassima.
Beliau turut bertambah, “Sekurang-kurangnya mereka tahu cara berenang dengan betul. Seboleh-bolehnya, bukan sahaja pelajar tetapi semua walaupun hanya belajar pengetahuan asas sahaja.”
“Sebab kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada kita. Adakah kita akan jatuh lautan? Kita tidak boleh tahu apa akan terjadi kepada kita di masa akan datang.”
Beliau turut berkata untuk memberanikan diri untuk belajar berenang. Semua orang memerlukan keberanian yang baru untuk atasi masalah itu.
Mereka perlu belajar benda baru untuk keselamatan diri. Tidak terlambat untuk belajar perkara asas walaupun usia semakin meningkat.
Comentarios