oleh Nor Nazirah binti Ahmad
“Antara sukan yang akan dijalankan adalah Bola Tampar dan Bola Jaring. Hal ini kerana kami melihat bahawa kedua-dua permainan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga Inapan Siswa (Inasis) Yayasan AlBukhary dan Bank Muamalat (YMU) sendiri,” menurut Muhammad Abdul Mustaqim bin Salleh, pengarah program YMU Sports Day.
Acara sukan tersebut dijalankan di gelanggang Bola Tampar & Bola Jaring Inasis YMU. Tujuan mereka adakan di gelanggang tersebut adalah kerana mereka mengambil maklum mengenai pengangkutan pelajar untuk ke pusat sukan di samping mewujudkan suasana yang riuh pada hari berkenaan. Seramai 64 pelajar terlibat dalam kedua-dua acara sukan tersebut serta terdapat beberapa kumpulan bagi kedua-dua kategori.
“Dalam tempoh tersebut juga, terdapat satu lagi program iaitu Swing Your Racket yang dapat kami perhatikan bahawa sukan ini sangat tinggi penyertaannya sehinggakan ada yang bermain pada lewat malam. YMU Sports Day ini merupakan satu program yang kami cadang untuk lakukan bagi mengeratkan lagi hubungan antara Inasis YAB & Bank Muamalat,” tambah beliau.
“Tujuan lain bagi program ini adalah untuk meningkatkan semangat kesukanan pelajar dalam diri pelajar di samping memberi ruang kepada pelajar untuk melepaskan tekanan atau bebanan setelah beberapa minggu belajar. Akhir sekali, program ini juga bertujuan untuk mencari pemain atau atlet bagi Kejohanan SUKUUM dan SISWI yang ada diadakan pada bulan Jun,” jelasnya lagi.
“Atlet juga dipilih berdasarkan kemahiran dan bakat yang ditunjukkan. Selain itu, pemain di kedudukan tiga teratas akan dipilih semasa perlawanan berlangsung dan pemilihan tersebut melibatkan felo Inapan Siswa,” Tambahnya lagi.
Selain menjadi titik mula bagi para atlet baharu UUM, Muhammad Abdul Mustaqim bin Salleh juga turut menceritakan bagaimana beliau menguruskan program besar yang melibatkan ramai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) dan para peserta.
“Peranan saya selaku pengarah program adalah memastikan bahawa progress program dapat berjalan dengan lancar disamping ‘turun padang’ menghulurkan bantuan kepada mana-mana AJK pelaksana program yang berhadapan dengan masalah. Pengarah program juga merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang berlaku daripada segala aspek seperti keselamatan, kebajikan AJK dan peserta serta berusaha menyediakan kemudahan yang terbaik sewaktu program,” jelasnya lagi.
“Sewaktu program ini dalam perancangan, kami memberi penekanan di dalam setiap skop tugas AJK pelaksana program. Oleh itu, saya meletakkan 17 orang AJK pelaksana program bagi menjayakan program tersebut. Daripada 17 orang AJK tersebut, Empat daripadanya menjalankan tugas sebagai AJK makanan dan pendaftaran. Empat orang AJK pula mengambil tanggungjawab sebagai AJK logistik dan hadiah manakala empat orang AJK lagi ditugaskan sebagai AJK publisiti dan keselamatan,” tambah beliau lagi.
“Di dalam program ini juga terdapat empat orang AJK yang menggalas tugas sebagai majlis tertinggi dan seorang AJK tugas-tugas khas merangkap pemantau,” tambahnya lagi mengikut kiraan AJK yang terlibat.
“Pada pandangan saya, kelancaran bagi program tersebut boleh diberikan kepada tiga fasa. Pada fasa persediaan, kelancaran pengurusan program agak kurang memuaskan kerana berlaku sedikit kekeliruan oleh AJK pelaksana program berkenaan maklumat yang diterima sebelum memulakan tugas,” tambahnya apabila ditanya mengenai kelancaran program.
“Seterusnya, semasa program berlangsung pula progress atau kelancaran pengurusan program dapat berjalan dengan lancar kerana pihak penganjur pada hari berkenaan dibantu oleh atlet sukan yang mewakili UUM atau dikenali sebagai u team dari segi pengadilan dan juga teknikal,” jelasnya.
“Daripada situ, kita dapat lihat bahawa u team juga memberi sokongan yang padu terhadap program yang dijalankan di samping meninjau bakat-bakat para pelajar yang baru pulang ke kampus dan mempunyai minat dalam sesuatu sukan,” tambahnya lagi.
Apabila ditanya mengenai kepuasan beliau mengenai pengurusan program oleh setiap AJK yang terlibat, beliau menyatakan bahawa apabila beliau menguruskan program bersama ajk pelaksana, beliau berasa memuaskan, tidak begitu memuaskan dan tidaklah sangat tidak memuaskan. Hal ini dikatakan demikian kerana menurutnya tidak semua AJK pelaksana program tidak menjalankan tugas. Hanya terdapat segelintir AJK sahaja yang perlu diingatkan setiap gerak kerja.
“Tidak dapat dinafikan kerana dalam kalangan AJK program ada yang menjadi orang penting atau ketua dalam tugasan berkumpulan. Mereka terpaksa membahagikan masa dengan sebaik mungkin supaya kedua-duanya dapat bergerak seiringan,” jelasnya lagi.
Muhammad Abdul Mustaqim bin Salleh juga turut menceritakan tentang masalah yang terjadi sebelum program berlangsung. Menurutnya setiap perkara mesti ada cabaran dan masalah yang dilalui. Begitu juga dengan program ini, ada juga masalah yang perlu dilalui. Antara contohnya apabila kekurangan masa kerana tidak mengatur masa dengan sebaik mungkin. Beliau terpaksa mengambil alih tugas AJK program kerana terdapat kecuaian atau kesilapan daripada segi persediaan sebelum bermulanya program.
Menurut beliau terdapat juga masalah yang timbul semasa program berlangsung. “Masalah yang dihadapi semasa program berlangsung pula adalah apabila saya perlu memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. Saya perlu memastikan tiada kecederaan atau kemalangan ringan yang dialami baik peserta program mahupun ajk pelaksana,” jelasnya.
“Saya berusaha untuk memastikan ia dapat diatasi dengan penyelesaian yang terbaik. Antaranya apabila terdapat peserta yang mengalami kecederaan ringan (lebam), saya berusaha untuk dapatkan ais untuk dituam ke atas kecederaan tersebut,” jelasnya mengenai bagaimana cara beliau mengatasi masalah-masalah yang timbul.
“Selain itu, saya dan AJK pelaksana program berusaha untuk memaksimakan waktu perlawanan supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya penundaan kerana pada waktu tersebut kerap mengalami hujan dan faktor cuaca yang kurang memuaskan,” tambahnya lagi.
Secara keseluruhannya selain menjadi platform untuk para pelajar tunjukkan bakat dalam sukan tertentu serta menjadi titik mula bagi atlet baharu UUM untuk dikenali, program ini juga memberikan pengalaman baru untuk Muhammad Abdul Mustaqim bin Salleh dan saya sendiri sebagai pelajar yang masih belum biasa dengan dunia pelajar Institut Pengajian Tinggi.
Comments