top of page

BANYAKKAN PAHALA, TINGKATKAN AMALAN MULIA SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Writer's picture: Identiti V52Identiti V52

Oleh Nor Nazirah binti Ahmad


Sintok, 20 April 2022: Inapan Siswa SME Bank, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan program “Ramadhan Kareem: Bulan Mulia Bulan Barakah” iaitu program ceramah bagi berkongsi tentang amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadhan dengan menjemput Azhar bin Ahmad, Pegawai Pusat Islam UUM sebagai penceramah program dan telah berlangsung selama dua jam. Banyak amalan yang boleh diamalkan oleh seluruh umat Islam sepanjang bulan Ramadhan khususnya para pelajar yang terlibat dalam menjayakan program.

“Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang batil,” potongan maksud ayat 185 surah al-Baqarah yang disampaikan oleh Azhar bin Ahmad.

Menurut beliau umat Islam disarankan untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran seperti saranan alim ulama serta cendekiawan Islam.

Bulan Ramadhan merupakan peluang untuk melatih diri untuk menjadi hamba yang lebih baik. Umat Islam juga dianjurkan perbanyakkan amalan yang memberi ganjaran pahala berlipat ganda.

“Banyakkan berzikir bagi mengelakkan diri daripada melakukan maksiat mulut seperti mengumpat di bulan Ramadhan,” katanya sewaktu program berlangsung.

Tambahnya lagi kita juga digalakkan untuk perbanyakkan mendengar bacaan al-Quran sebagai motivasi untuk terus belajar mambaca al-Quran khusunya bagi mereka yang masih bertatih membaca dengan baik.

“Perbanyakkan berdoa semasa berpuasa kerana doa orang yang berpuasa adalah antara doa yang mustajab,” tambahnya lagi.

“Banyakkan bersedekah mengikut kemampuan dan sedekah ini tidak semestinya wang ringgit,” jelasnya.

Beliau juga menasihatkan agar meninggalkan perkataan buruk dan melihat perkara maksiat yang boleh mengurangkan pahala.

“Disunatkan menyediakan juadah berbuka kepada orang ramai terutamanya orang-orang miskin, ini bagi mereka yang berkemampuan,” tambahnya lagi di penghujung ceramah beliau.

Pada penghujung program sesi soal jawab diadakan dari penonton iaitu pelajar yang turut serta dalam program tersebut.

Azhar bin Ahmad menjawab beberapa soalan yang ditujukan dengan baik dan diterima oleh pelajar atau penonton yang bertanyakan soalan.


Kommentare


"Berita Siswa, Dari Siswa Untuk Siswa"

2022 © KOHORT 52. Dicipta menggunakan Wix.com

bottom of page