Oleh: Nurnazihah binti khairul annuar
E-mel: nurnazihah@smmtc.uum.edu.com
Sintok, 15 April 2022: Kelab Bahasa dan Budaya Jepun telah menjalankan program Draw What You Love! melalui dalam talian di Google Meet. Sinms Chen Hoong Wai dijemput sebagai penceramah jemputan pada program ini. Program ini adalah kerjasama dengan CLAZ’ROOM, iaitu sebuah kolej yang mengajar seni digital. Seramai 70 pelajar menyertai program tersebut dan pelancaran program ini dijalan dengan lancar tanpa menghadapi masalah teknikal.
Program ini dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar mempelajari kemahiran melukis watak kegemaran mereka. Program ini turut membantu pelajar mengetahui kesalahan dan tips yang betul dalam lukisan.
Trisha Adnan, moderator program berkata, “Saya agak pasti pelajar yang menghadiri program ini suka melukis atau ingin meningkatkan kemahiran melukis untuk menjadi lebih baik.”
“Saya akan berkongsi lukisan manga tetapi kadang-kadang, apabila kami mula-mula melukis gaya manga, kami membuat kesilapan seperti frasa, prop muka, ruang, masalah perkadaran, gaya lukisan dan masalah terperinci lain,” kata Sinms Chen.
Sepanjang tutorial, beliau menjelaskan dengan terperinci dan senang difahami oleh pelajar bagaimana menghasilkan lukisan yang benar dan tepat tanpa melakukan kesalahan yang biasa dilakukan oleh seorang pemula.
Beliau turut berkongsi cerita tentang pengalaman beliau bersama pelajarnya sepanjang beliau mengajar di CLAZ’ROOM.
“Sebagai seorang illustrator pelbagai kemahiran kendiri, Sinms Chen bersemangat berkongsi kepakaran dan minatnya dalam seni tanpa mementingkan diri dan memberi inspirasi kepada pelajarnya untuk pergi ke pegembaraan mereka sendiri dalam meneroka kemahiran yang berbeza” kata moderator program. Beliau menunjukkan beberapa hasil lukisan digital beliau kepada pelajar, malah turut mengkongsikan hasil lukisan digital pelajarnya.
Beliau menunjukkan langkah demi langkah cara pelukisan yang betul dan menjadi pada beberapa bahagian lukisan seperti bentuk muka, mata, rambut dan posisi badan.
Beliau turut mengkongsikan beberapa laman web kepada pelajar sebagai rujukan dengan harapan dapat membantu pelajar dalam lukisan.
Bukan sahaja dari segi lukisan, Sinms Chen turut mengkongsikan penggunaan warna yang betul setelah selesai melukis.
Di akhir program, Sinms Chen Hoong Wai menjawab beberapa soalan yang dituju oleh pelajar sebelum mengakhiri program tersebut pada jam 11 malam.
Ramai pelajar memberi komen yang baik pada akhir program. Ada berkata mereka bersyukur menyertai program tersebut untuk merealisasikan dan mempelajari lukisan dengan lebih baik.
Comments