top of page

Kahwin ketika belajar: Penguat atau Penghalang

Writer's picture: Identiti V52Identiti V52

Oleh : Haikal Rahmatulloh Ansyari


Sintok, 29 Mei 2022: Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) menjalankan program ceramah yang disampaikan oleh ustaz Mohd Firdaus Ahmat selaku penceramah jemputan dan saudara Aiman Arif selaku moderator. Beliau membawakan isi ceramah yang bertajuk “ Kahwin ketika belajar: Penguat atau Penghalang“.

Ceramah ini disiarkan secara live di platform Facebook Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia pada 28 Mei 2022 yang lalu.

Ustaz Mohd Firdaus Ahmat berkata “ tajuk yang diberikan kali ini agak menarik dan sentiasa dinanti nantikan oleh semua mahasiswa khusus nya pelajar tahun akhir”

Katanya lagi “ Perkahwinan adalah sunah rasul SAW yang dianjurkan daripada nas Al-quran dan juga hadist, ini adalah fitrah yang dilalui manusia ialah kita membina kehidupan yang sempurna dan bahagia”.

“Perlu dilihat bagaimana perkahwinan ini yang akan membentuk sebuah kehidupan yang sempurna”, tambah beliau

“Ada beberapa faktor yang kadang kadang boleh memudahkan kita dalam masa yang sama kita perlu melihat sebab dan musabab kenapa kah perkahwinan ini perlu berlangsung di usia muda?”

“Ada beberapa garis panduan perlu kita lihat dan ada beberapa perkara apabila perkahwinan ini sebenarnya merupakan tanggung jawab yang perlu dilakukan , yang perlu dipikul oleh kedua belah pihak, sama ada pihak lelaki ataupun pihak perempuan”.

Beliau turut mengatakan bahawa, “Perkahwinan ini mestilah kerana Allah swt iaitu dalam membina rumah tangga yang mana di dalam nya mengajarkan ajaran agama islam”.

“Dalam masa yang sama apabila pasangan ini mengamalkan ajaran islam yang sempurna dalam sebuah keluarga maka disitu sudah tentu mendapatkan rezeki dari Allah swt.

“Apabila kita melihat perkahwinan maka janganlah melihat perkahwinan itu hanya sekadar perkahwinan yang untuk melihat keseronokan pasangan sahaja”.

Ustaz Mohd Firdaus Ahmat selaku penceramah jemputan menutup ceramah dengan doa kifaratul majlis. Dan semua yang hadir dalam program ini mendapatkan ilmu yang bermanfaat dalam perkahwinan.

Acara pun diakhiri oleh Aiman selaku moderator dalam acara yang bertajuk “Kahwin ketika belajar: Penguat atau Penghalang”.



Comentários


"Berita Siswa, Dari Siswa Untuk Siswa"

2022 © KOHORT 52. Dicipta menggunakan Wix.com

bottom of page