Oleh: DHURKESH CHANDRASEGARAN
Email : dhurkesh@smmtc.uum.edu.my
Sintok, 22 April – Kelab Patriot Chapter Perak Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan sebuah program berkaitan keusahawanan iaitu Millinnialpreneur : E-Commerce Workshop.
Dalam program ini, Encik Zulkifli Abdul Rahim yang merupakan speaker untuk program ini menerangkan tentang cara memulakan sebuah perniagaan dan melaksanakan perancangan awal setiap bulan untuk mengaplikasikan sesuatu rancangan. Beliau juga menerangkan kesalahan yang sering dibuat oleh beberapa usahawan yang mengakibatkan perniagaan mereka jatuh.
Speaker menerangkan maksud keusahawanan ialah tindakan mencipta perniagaan atau perniagaan sambil membina dan memperbaikinya untuk menjana keuntungan. Usahawan ialah orang yang menubuhkan perniagaan dengan tujuan untuk mengaut keuntungan.
Menurut speaker usahawan adalah seorang yang membentuk jalan untuk kejayaan diri sendiri bukan sahaja dari segi kewangan tetapi membina reputasi diri yang baik juga. Seorang usahawan mungkin daripada kalangan jiran kita yang baru membuka perniagaan kecil di depan rumah. Usahawan tidak semestinya memiliki ijazah tetapi apabila seorang itu berniat untuk membuka perniagaan di situ dia menjadi usahawan.
Tambahan pula, speaker menerangkan bagaimana keusahawanan menjadi sumber inspirasi. Jika seorang usahawan dalam bidang tertentu, ia akan menggalakkan orang lain untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan dalam bidang yang sama.
Jika graduan tidak dapat mencari pekerjaan di sektor swasta atau awam, mereka mungkin ingin memulakan perniagaan mereka sendiri. Jika seorang usahawan berjaya, graduan akan cuba melakukan perkara yang sama dengan mengimplikasi idea-idea atau rancangan yang dijana ketika belajar di universiti. Oleh itu, pelajar akan berubah menjadi sumber inspirasi jika dia mula berniaga.
Program ini membawa matlamat untuk mededahkan perkara- perkara yang penting dalam mendirikan and menjalankan sebuah perniagaan bagi tempoh masa yang panjang anak-anak muda UUM yang sertai program tersebut.
Pengarah program Millinnialpreneur iaitu Nor Shahira bt Rusli Fadzil (270431) berpendapat bahawa matlamat program untuk mendedahkan tiga puluh pelajar kepada pembelajaran sepanjang hayat dan keusahawanan demi memastikan kemampanan perniagaan dalam perubahan zaman.
Shahira bt Fadzil mengatakan bahawa pihak penganjur menjalankan program ini mengikut tatacara yang telah disediakan. Program ini berlangsung secara dalam talian disebabkan ramai pelajar belum balik ke kampus akibat sistem belajar atas talian dilaksanakan. Lagipun, bagi menjaga keselamatan kesihatan program secara maya begini digalakkan oleh UUM.
Program ini berlangsung pada jam sembilan setengah hingga pukul dua belas tengah hari. Poster berkaitan program Millennialpreneur telah dikongsi dalam media sosial UUM awal seminggu bagi memberitahu pelajar-pelajar UUM untuk menyertainya.
Ahli jawatankuasa program telah bekerja keras untuk menyempurnakan program ini walaupun diadakan secara maya. Shahira bt Rusli juga mengatakan bahawa, beliau amat bangga kerana beliau berjaya menyempurnakan sebuah program yang tetap mendidik usahawan-usahawan muda di UUM.
Berdasarkan rancangan yang telah dibuat, program ini bertujuan untuk mendedahkan pendidikan serta keusahawanan kepada tiga puluh pelajar UUM bagi memulakan dan menjalankan perniagaan untuk jangka masa yang panjang.
Pihak penganjur mengutip bayaran sebanyak RM dua daripada peserta-peserta program ini. Jumlah bayaran yang diterima daripada yuran peserta telah digunakan untuk membayar kos kepada speaker program iaitu Encik Zulkifli Abdul Rahim daripada Gig Venture.
Program ini amat berbaloi kepada setiap peserta kerana keusahawanan adalah satu perkara yang ada pada setiap orang tetapi perancangan yang kurang baik menyebabkan mereka tidak yakin pada diri mereka. Oleh itu, program ini dijangka untuk diadakan sering kali bagi memupuk semangat keusahawanan dalam diri pelajar.
Comments