Oleh: Nur Zarith Alissa Binti Zakaria
Sintok, 28 April 2022: Majlis “Simpossium Millenium” anjuran Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar, HEP, UUM, memberi kesedaran dari segi kesihatan mental dan fizikal serta penjagaan kewangan. Antara tetamu jemputan Dr. Muhammad Hazwan bin Nazri, Doktor Personaliti TikTok dan Hairulnizam Abu Samah, Perancang Kehidupan, AIA Public Takaful Berhad.
Pakar kesihatan menekankan kita untuk menjaga kesihatan dan pemakanan yang seimbang demi masa hadapan terutamanya anak muda. Dr. Muhammad Hizwan juga berkata makanan dan manusia tidak boleh dipisahkan kerana menjadi sumber penting untuk memberikan kita tenaga seharian.
Menurut M. Shahadat Bin Ali Nordin, pengarah program “Simposium Millenia”, pendedahan yang diberikan untuk memastikan masyarakat mengetahui setiap makanan yang diambil meransang cara kita berfikir dan stamina badan serta tips bagi graduan muda merancang kerjaya demi masa hadapan.
Dr. Muhammad Hazwan turut menerangkan bahawa pemakanan yang diambil sehari berkait rapat dengan keadaan pemikiran atau kesihatan mental.
“Kita selalu dengar tentang masalah mental seperti kemurungan, stress, gangguan bipolar dan sebagainya adalah disebabkan masalah pengambilan makanan yang tidak teratur dan taksub dengan makanan yang tidak baik untuk tubuh badan," Kata Dr. Muhammad Hazwan.
Beliau juga berkata, makanan seperti Sushi tidak elok diamalkan kerana ikan mentah dan tidak dimasak terlebih dahulu. Dr. Hazwan tidak membenarkan golongan pelajar mengamalkan memakan Sushi serta makanan lain yang tidak dibasuh secara teliti dan asal usul makanan tersebut tidak mempunyai prosedur memasak didalamnya.
Dr. Muhammad Hazwan berkata, walaupun sukan penting, tidak semua sukan sesuai dengan badan kita. Beliau menyatakan, aktiviti seperti lompat bintang sebenarnya amat merbahaya terutamanya untuk berbadan besar. Ini kerana lutut kita tak mampu untuk menanggung berat.
Pakar Perancang Kehidupan, Hairulnizam pula memberi penekanan terhadap penyimpanan wang terutamanya graduan muda yang ingin menceburi bidang kerjaya.
“Simpanan wang mestilah dipupuk sejak kecil lagi. Walaupun dianggap leceh bagi sesetengah orang, terutamanya pelajar universiti perlu mengetahui bahawa duit yang disimpan membawa kebaikan,” kata Hairulnizam.
Hairulnizam juga memberikan penerangan mengenai Takaful dan Insurans yang menurutnya amat penting bagi lepasan graduan. Baginya, pinjaman wang pemula adalah penting bagi menentukan kita mendapat pilihan kerjaya yang terbaik bersesuaian dengan jurusan yang kita ada.
“Takaful dan Insurans dianggap leceh sebab kita perlu membayar semula selepas mendapat kerja. Tapi apa yang selalu orang lupa, dua benda inilah yang mampu memberikan bidang kerjaya impian”, kata Hairulnizam.
Beliau juga menceritakan kisah perjalanan yang dulu bukanlah pelajar terbaik tetapi atas usaha dan berkat ibu bapa, beliau berjaya . “Doa ibu bapa adalah satu anugerah yang amat penting dalam kehidupan anak-anak. Kamu sebagai pelajar patut bersyukur mempunyai ibu bapa”, tambahnya lagi.
コメント