top of page

‘Prosperous Ramadan’ bersama EMSS menyemarakkan silaturahim mahasiswa

Writer's picture: Identiti V52Identiti V52

Oleh Siti Wan Nur Atirah

Emel:


Welcome to your blog post. Use this space to connect with your readers and potential customers in a way that’s current and interesting. Think of it as an ongoing conversation where you can share updates about business, trends, news, and more.


“Do you have a design in mind for your blog? Whether you prefer a trendy postcard look or you’re going for a more editorial style blog - there’s a stunning layout for everyone.”

Sintok, 22 April: Kelab Persatuan Pelajar Pengurusan Acara (EMSS) telah menganjurkan program ‘Prosperous Ramadan’ untuk mewujudkan hubungan yang baik antara kelab dan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) di samping bertujuan untuk meringankan beban pelajar sepanjang bulan Ramadhan sekaligus sebagai kaedah untuk mendidik para pelajar bahawa memberi sedekah berbentuk makanan juga merupakan amalan yang mulia di bulan Ramadhan.


Program ‘Prosperous Ramadan’ bersama EMSS ini adalah untuk menjalankan aktiviti pengagihan makanan kepada 200 pelajar yang menginap di kampus. EMSS telah menyasarkan sekurang-kurangnya 200 pelajar tempatan dan antarabangsa menerima pek menu berbuka puasa berupa makanan dan minuman di perkarangan Kafe Inasis Sime Darby dan juga Kachi.


Presiden EMSS, Nurul Syafiqah Amran telah mengetuai program yang diadakan di dua tempat terpilih iaitu Kafe Sime Darby dan Kachi, UUM itu bagi memimpin perjalanan program agar dapat berjalan dengan lancar sehingga ke akhirnya.


Hasil daripada pelaksanaan program ini ialah bukan sahaja pelajar yang menyertainya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka, malah mereka juga dapat mengamalkan ibadah dengan berkongsi makanan dengan pelajar lain, sebagai satu amal yang boleh dilakukan terutamanya pada bulan Ramadhan.


Katanya lagi, antara kebaikan program ‘Prosperous Ramadan’ ini adalah dapat mengeratkan silaturahim antara Kelab EMSS dengan pelajar UUM.


Selain itu, program ini juga dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang berkongsi rezeki adalah amalan mulia terutamanya pada bulan Ramadhan.

Berikutan itu juga, beliau berkata sekiranya amalan memberi makanan ini dipupuk dalam kalangan pelajar terutamanya pada bulan yang suci ini, ianya akan memberi satu rahmat yang besar.


Pelajar Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat), Nurain Fakhira Auni berkata program ini merupakan satu aktiviti yang baik kepada pelajar terutamanya pelajar berstatus B40.


Tambahnya lagi, program sebegini amat jarang diadakan terutamanya pada hari biasa selain bulan Ramadhan. Para pelajar dapat berjimat cermat pada bulan Ramadhan memandangkan program ini banyak dilaksanakan di UUM.


Bukan itu sahaja, Nurain Fakhira Auni juga turut menyatakan kebaikan bersedekah di bulan Ramadhan merupakan amalan yang mulia tidak hanya dapat diterapkan pada bulan suci sahaja, malah dapat diamalkan di bulan lain tidak mengira waktu dan tempat.


EMSS telah mendapat tajaan daripada Zaques Hotel, Sungai Petani sebanyak 250 bungkusan makanan dan selebihnya adalah hasil daripada kutipan derma terkumpul daripada masyarakat sekeliling sehingga mencapai 150 bungkusan. Hasil daripada Kerjasama Zaques Hotel ini, EMSS telah berjaya menyasarkan sebanyak 400 bungkusan makanan untuk diagihkan.


Program ini berakhir dengan baik dan lancar pada pukul 7 petang sebelum waktu berbuka puasa.


Comments


"Berita Siswa, Dari Siswa Untuk Siswa"

2022 © KOHORT 52. Dicipta menggunakan Wix.com

bottom of page